Halaman

Selasa, 9 Jun 2015

SOLEHAH ITU PERLU MASA





Dua kawan lama bertemu kembali. Dua gadis.
Dah hampir 5 tahun berpisah sejak sekolah menengah. Habis universiti baru jumpa semula. Masing-masing dah berubah. Makin lawa dari dulu. Makin matang rupa masing-masing.

Gadis pertama memakai kasut Converse. Sejak sekolah lagi memang favourite dia.
Gadis kedua bershawl halfmoon. Mereka makan di cafe sambil bersembang mesra.
Di luar cermin cafe, ada pasangan couple budak sekolah menengah sedang duduk duduk sambil pegang tangan di bangku. Gadis shawl tak senang dengan pemandangan di depannya itu.
"Rosak betul budak-budak sekarang ni. Mak ayah suruh pergi sekolah belajar jadi baik. Tapi, mereka buat macam ni pula di belakang parents. Sedih."
Gadis Converse cuma tersenyum. Menyuap makanan ke mulutnya. Gadis shawl terus menyambung katanya,
"Ingat tak kawan kita yang nama Ayu? Dulu pun dia macam depa ni lah. Couple sana-sini. Keluar sana sini dengan lelaki. Entahlah apa dah jadi dengan dia sekarang. Orang-orang macam ni, tak cium bau Syurgalah. Takkan tak tahu couple itu haram? Mesti dia dapat suami yang jenis sama macam dia gak, kan?
Orang soleh akan dapat yang solehah dan sebaliknya."
Gadis Converse berhenti makan.
"Kau tahu tak, dunia ini berubah. Pantai pun berubah dihempas ombak tiap hari.
Aku berubah. Kau berubah. Semua orang berubah.
Hati berubah. Iman berubah.
Aku minta maaf kalau aku salah berkata-kata. Cuma, kau masih tidak berubah. Dalam lima tahun ni, sepatutnya pemikiran kita tak lagi sama seperti waktu sekolah dulu.
Masa sekolah dulu, bila kita nak judge orang, kita judge. Bila kita nak kutuk orang, kita kutuk. Kita tak fikir panjang dah. Kita masih budak-budak bodoh.
Tapi sekarang, kita bukan lagi di bangku sekolah. Tu zaman jahiliah kita. Di universiti, kita belajar banyak benda. Bukan saja dalam kampus, tapi dalam universiti kehidupan yang serba mencabar ini. Macam-macam dah berlaku menguji kesabaran kita.
Sepatutnya, semakin banyak ujian dan dugaan hidup; sudah banyak kali kita tempuhi dengan penuh kesabaran, iman kita juga sudah mula tabah. Mulai kuat.
Semakin sabar, semakin teguh. Semakin memahami situasi."
Gadis shawl nampak tidak puas hati.
"I don't get it."
Gadis Converse senyum manis.
"Maksud aku, sebelum kita berkata-kata atau berbuat sesuatu, kita berfikir 360 darjah kata-kata kita itu betul atau tidak. Di universiti, kita diajar critical thinking, tetapi kenapa kita tidak berfikir secara mendalam apply dalam kehidupan seharian kita? Kenapa cuma untuk jawab dalam peperiksaan?
Kita dah makin matang kan?"
Gadis shawl diam, masam.
"Aku ada jumpa Ayu baru-baru ini. Kau takkan percaya apa yang aku nampak. Dia bukan lagi seperti dulu. Dia sangat solehah. Pakaiannya, perwatakannya. Berubah. Suaminya bukan ustaz, tapi seorang doktor. Tapi, Masya-Allah, warak suaminya. Tak pandang pun aku, cuma pandang isterinya. Begitu hebat menjaga pandangannya."
"Seperti adik-adik di luar ni. Hari ini, mereka buat maksiat, buat salah. Kita tak mampu nak tegur, kita hanya mampu doakan mereka. Moga-moga dari doa yang kita panjatkan, hidup mereka suatu hari nanti berubah. Doa tidak dimakbul sekelip mata. Allah lebih tahu saatnya. Mungkin hari ini mereka bahagia, tetapi kelak diuji hingga berpisah. Dari perpisahan itulah, mereka kembali cari Allah. Kembali ke pangkal jalan. Siapa tahu? Hikmah Allah tidak tercapai akal kita.
Begitu juga kita silap menilai solehah orang. Kita selalu menilai dari pakaian luaran. Sedangkan Allah menilai seluruhnya sehingga ke hati yang paling dalam seseorang.
Kita tidak boleh kata,
"Dia ni tak pakai tudung, aurat dedah, huh, isi neraka. Solehahlah sangat!"
"Dia ni keluar dating dengan lelaki, solehah celah mananya!"
"Dia ni mulut longkang mengata orang, rugi siapa jadikan isteri jenis tak solehah macam dia ni!"
"Dia ni aku tahu sangat masuk club, kaki clubbing. Tak solehah!"
"Dia ni pisau cukur, pantang lelaki orang nak kebas. Tak solehah!"
"Dia ni taksub korea, tak solehah!"
Kadang-kadang apa yang kita kata hari ini, kita sendiri akan diuji dengan kata-kata sendiri.
Solehah itu nilaian Allah. Solehah itu perlu masa.
Sedangkan kucing kurap pun bila diubati boleh jadi kucing gebu. Inikan pula manusia.
Bila hati kita busuk pada orang, solehahkah kita? Pandanglah saudara kita dengan rasa belas ihsan walaupun mereka tidak kesiankan diri sendiri."
Gadis shawl tunduk. Ada air jernih di matanya. Mungkin terasa dengan kata-kata kawannya itu. Gadis Converse menarik tangan gadis shawl. Genggam erat.
"Aku sayang kau. Aku minta maaf kata-kata aku mengguris rasa."
Seketika, sampai aiskrim pasu di meja mereka. Special, siap ada tembikai potong dalam aiskrim tu.
"Bila kau order benda ni?" Gadis shawl hairan.
"Hehe. Jangan kau tanya. Bila lihat air mata kau, hati aku dah orderkan. Canggih tak? Koh koh koh."
Gadis shawl kembali senyum ceria.
cerita oleh: Muhammad Rusydi

p/s:skang x smpat nk wat citer...so,share je lah..huhuhu





Rabu, 26 November 2014

Niqab~




Datang seorang makcik pakai purdah beli tembikai. Abg pun apa laaaagi, bagi diskaun 20% dekat beliau. Mohon dia ada anak perempuanlah. huhu
Tapi, meleset. Dia ada anak jantan je tak sempat abg nak tanya dia dah bagitau,
"Beli ni untuk anak laki yang seorang tu. Sorang je tu anak akak."
Lalu tercetuslah satu pertanyaan abang kepada makcik tu.
"Kak, betul ke yang pakai purdah ni cantik-cantik?"
Dia pun apa laaagi, terus jawab,
"Tak juga. Senang je kalau awak nak cam yang cantik pakai purdah tu.
1. Dia pakai hitam plain saja. Takde warna-warni bergaya bagai macam bebudak zaman sekarang haplod-maplod dekat internet tu.
2. Dia tak pakai lense. Takde perhiasan-perhiasan dikenakan pada pakaian atau purdahnya. Takde blink-blink bagai semua tu tade. Biasa saja orang tengok.
3. Dia pakai sarung tangan. Sebab tak nak orang tahu dia putih atau gemuk/kurus dari tangannya.
4. Dia pemalu. Susahlah nak upload gambar tu. Memang susah.
5. Nampak lelaki, dia tak tengok. Dia menjauh. Takde duk main-main mata. Ni macam bebudak skrg, siap upload mata lawa-lawa sebab nak permainkan mata lelaki dengan mata dia yang fake tu."
Abg pun terlopong dengar. Nasib baik tak bersila je dengar ceramah makcik ni.
Macam tu rupanya cerita sebenar. Baiklah, abg dah paham. Abg pun bagi free tembikai kuning yang kecik dekat dia tanda terima kasih ilmu berguna dunia akhirat.
Ilmu malu tu berguna.
huhuu..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni untuk semualah tak kira pakai purdah atau tak pakai. Tak kira lelaki dan perempuan.
1. Muslim memang tahu, pakai apa pun, asasnya tutup aurat.
2. Keempat-empat mazhab bersetuju, purdah jadi wajib bila terkait fitnah.
Isunya:
"Apa ni, sampai niqabis tak boleh pakai warna-warni kena pakai hitam atau satu warna yang plain biasa-biasa je, tak boleh nak fesyen, tak boleh nak itu-ini, tak boleh upload gambar melaram atau pernikahan dengan baju lawa-lawa. Orang lain boleh pulak? Ni jumud okay. Padahal, hidup di realiti kena bercampur gaul dengan masyarakat, cakap dengan lelaki, kerja bla bla bla. Terbukalah. Open your mind!"
Tenanglah.
Baca ni.
1. Kita berikan teguran, untuk penambahbaikan. Bukan paksaan. Take it or leave it.
2. Kita ini terbahagi kepada tiga golongan:
— Golongan yang betul-betul nak ikut panduan Islam. (yang ni sikit je)
— Golongan yang amik separuh yang dia suka, separuh lagi dia tak ikut. (yang ni, kita)
— Golongan yang tak ikut langsung. (yang ni, ramai lagi)
3. Ibarat awak nak pilih tembikailah:
— Awak nak tembikai yang terbaik, manis, tiada biji.
— Awak taknak tembikai yang separuh manis, separuh tidak.
— Awak langsung taknak tembikai yang tawar, putik, tak menjadi.
4. Sama juga bab pakaian, contoh di sini, purdah:
— Seorang perempuan pakai purdah satu warna tidak menarik perhatian, maybe hitam, cokelat, putih, plain warnanya. Tak upload gambar. Tak menjaja mata bercontact lense warna-warni. Tidak melaram kecuali depan mahramnya. Melaram pun tidak upload ke media sosial. Dia betul-betul nak jadi macam isteri-isteri Nabi s.a.w. yang tidak memandang dan tidak dipandang. Malunya tinggi. Jadikan wanita-wanita Tarim sebagai contoh wanita yang menjaga kehormatannya. ( Golongan ni sikit, asing )
— Seorang perempuan yang pakai purdah ikut suka dia. Tidak seperti golongan pertama tadi. Dia buat semua. Dia rasa dia bebas lakukan segalanya. Namun, dia tak mampu jawab satu soalan pada dirinya sendiri,
"Aku ni tabarruj atau tidak? Purdah untuk makin tidak expose, atau makin expose pada orang? Ah, salahkan saja mata lelaki!"
(Golongan ini ramai, senang saja dicari di instagram dan facebook. Mereka sangka mereka golongan yang asing. Tidak, mereka cuma perasan. Bila ditegur, mereka tak senang.)
— Sama juga kesnya dengan perempuan bertudung yang lain. Terbahagi golongan yang sama seperti di atas. Ada yang nak jadi asing. Ada yang nak jadi separuh-separuh. Ada yang tak kisah pun melaram.
5. Wanita-wanita Tarim yang terkenal dengan penjagaan yang sepenuhnya tak ada siapa akan kata mereka jumud. Walaupun mereka pakai purdah yang biasa. Tutup segala. Warna tak menarik perhatian.
Pada Islam, itu bukan jumud. Tapi, asing. Islam bermula dengan asing, kembali dengan asing. Beruntunglah orang-orang yang asing.
6. Hidup ini pilihan. Andai awak nak jadi yang terbaik, awak boleh jadi. Kalau awak taknak jadi yang terbaik, tak ada siapa nak marah pun.
Pemakaian kita bukanlah kerana fatwa atau hukum semata-mata. Tapi, kerana taqwa. Makin tinggi taqwa, makin kita nak baiki diri ke arah lebih baik. Makin kita tanak bergaya depan orang lain, makin kita tinggikan rasa malu dalam diri.
Nak jadi yang terbaik, jadilah betul-betul. Kenapa nak separuh-separuh pula?
Nak jadi solehah, jadilah betul-betul.
Nak jual tembikai yang terbaik, jaga, baja dan kawal dengan sepenuh penjagaan.
Kalau awak nak jadi diri yang sekarang dengan pelbagai alasan duniawi awak, terserah.~

(tapi kdg2 org yang berniqab niyh klo beli pape brg...kdg2 msti dpt discount...Allah nk bg rezeki kt hamba-Nya yg taat pd perintahnye...Allah~~)

kopi&pasta:#Muhammad Rusydi
                  #rusydeeartz


Selasa, 7 Oktober 2014

Air Laut Yang Tidak Becampur | Bukti Surat Ar-Rahman: 19-20 & Al-Furqan:...







Video ini membuktikan kebenaran Surat Ar-Rahman ayat 19 dan 20 yang berbunyi:



مرج البحرين يلتقيان ؛ بينهما برزخ لا يبغيان ؛ “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” (QS. Ar-Rahman: 19-20) ... Inilah video tersebut, yang memperlihatkan aliran dua lautan yang tidak pernah bercampur, seolah-olah ada sekat atau dinding yang memisahkannya

Siti Noor Huda Copyright © 2012 Designed by Ms Farhana Zin