Halaman

Sabtu, 22 Disember 2012

~Time For Change!~




                                 Sekarang Adalah Masa Untuk Anda Berubah?Berubah Dari Segi Apa Pula Ya?Politik,Kelakuan Diri Dan Lain-lain...Tapi Kali Ni Saya Nak Sentuh Tentang Hidayah Allah..
Hidayah Allah Tak Akan Datang Begitu Sahaja..Takkan Nak Tunggu Hidayah Sampai Baru Nak Bertaubat?Sebenarnya Hidayah Perlu Dicari.....Bukannya Dok Tunggu..Ada Sorang Perempuan Niyh..Dia Tak Tutup Aurat Dia...Pastu Selalu Gi Club Malam..Tetiba Terlintas Kat Kepala Dia..DiaTanya Dalam Hati."Bilalah Nak Dapat Hidayah Niyh..Lamanya.."Tetiba...Mak Dia Telefon Suruh Balik....



                                Dia Pon Balik..Pastu Tetiba Mak Dia Tanya..


Mak:Kau Dari Mana??
Anak:Hah??Club..
Mak:Bilalah Kau Nak Berubah Hah??Bertaubat Lah Anak Oi..
Anak:Sabarlah Mak..Tunggu Hidayah Allah Datang Baru Orang Bertaubat Kayy..
Mak:Hamboyy Cantiknya Muka Kau!Orang Bukan Tunggu Hidayah Lah..Orang Cari Hidayah..Apahal Lah Anak Aku Nih!..

                               Anaknya Jadi Bingung....

Anak:Bukan Ker Tunggu Hidayah Datang..
Mak:Apalah Engkau Niyh....Sapa Yang Ckp Tunggu Hidayah??Bukan Carik Hidayah??
Anak:Kwan Orang..
Mak:sapa?
Anak:Fasya
Mak:Apasal Ko Ikut Fasya Tuh??Sendiri Pun X Betol....


Anaknya Baru Tahu....Sebenarnya Dia Perlu Mencari Hidayah Allah...Bukannya Mencari Hidayah...Pagi-pagi Lagi Dia Dah Bangun..Dia Tengok Keindahan Di Bumi Allah pada Waktu Pagi..Dia Rasa Seperti Pertama Kali Lihat Keindahan Itu..Dalam Hatinya Dia Berkata"Subahanallah..Indahnya Ciptaan Tuhan Aku..Tetapi Kenapa Aku Tidak Tahu Semua Ini Dari Dulu Lagi?Mungkin Sebab Aku Terlalu Mengikut Apa Sahaja Yang Dihasut Oleh Syaitan Kepada Aku..."

Allahhuakbar,Allahhuakbar!!..Azan Berkumandang..Dia Lihat Maknya Masih Tidur..Dia Pun Pergi Ke Masjid Untuk Menunaikan Solat Subuh..Itulah Pertama Kali Dia Masuk ke Masjid......Iqamat Sedang Berkumandang..Semasa Hendak Solat..Ada Hamba Allah Yang Mengaji...Dia Dengar Dengan Perasaan Yang Terkejut..Bertapa Merdunya Suara Itu...Sehingga Menitiskan Air Mata..Dia Berkata Di Dalam Hati"Subahanallah Merdunya Suara Hambamu Ya Allah Ketika Dia Mengaji..."Maknya Sangat Gembira Dengan Perubahan Anaknya..Sekarang Anaknya Bukan Sahaja Menutup Aurat,Tetapi Berniqab Kerana Allah...


                               ~Carilah Hidayah..Bukan Menunggu Hidayah Datang~




Kadang-kadang Hidayah Ini Datang Sahaja...Tapi Kalau Fikir Hidayah Nanti Datanglah...Ini Bukan Hidayah Orang Eh...Ini Hidayah Allah...Macam Ni..Kalah Allah Nak Bagi Dia Hidayah Tanpa Dicari...Dia BAgi Jer...Tapi Kalau Hampa Semua Dok Tunggu Mana Lah Hidayah Nih..Memang Tak Datang Lah Jawapannya Yer...

Ahad, 2 Disember 2012

Aurat



Assalammualaikum..Ana Rasa Anta Wa Anti Boleh Memanfaatkan Tentang Gambar Nih..Ana Dah Penat Cita Pasal Aurat Nih..Tapi Lihat..Lawak2 Pun..Ada Message Kat Situ.Kan?Tapi Kalau Jumpa Orang Islam Yang Tak Pakai Tudung Jangan Buat Macam Ni Pulak..Kesian Anak Dara Orang...Wallahhualam

Tarikh Kematian Rahsia Allah SWT




                         "Dan Setiap Umat Mempunyai Ajal (batas waktu).Apabila Ajalnya Tiba,Mereka Tidak Dapat Meminta Penundaan Atau Percepatan Sesaat Pun."(Al-A'raaf 07:34)


                          Kita Hidup Di Dunia Ini Tidak Mengetahui Bilakah Tarikh Kematian Kita.Sesungguhnyanya Ajal Maut Itu Allah SWT  Daripada Pengetahuan Kita.Cuba Kita Bayangkan,Suatu Hari Allah Mengumumkan Atau Memberi Tahu Tarikh Kematian Kita Lebih Awal.Agak-Agaknya Apa Yang Kita Akan Lakukan Sekarang?


Beginilah Keadaannya
                   Oh!Pastinya Amal Ibadat Kita Akan Berlipat Kali Ganda.Bacaan Al-Quran Kedengaran Di Sana-Sini.Zikir Munajat Beralunan Di Merata Tempat.Sekalian MAnusia Tidak Akan Berhenti Berpesan Kepada Kebaikan.Malam Yang Sunyi  Dipenuhi Dengan Qiamullail.Mungkin Itulah Situasinya.

                             Kita Saban Hari,Akan Menghitung Detik-Detik Terakhir Sebelum Menghadapi Saat Kematian.Masa Terasa Terlalu Singkat.Kalau Boleh Setiap Saat Mahu Dipenuhi Dengan Ibadat.Perasaan Takut Sentiasa Menyelubungi.Taku Tidak Cukup Amal Hendak Dipersembahkan Dihadapan Allah.Pada Waktu Itu,Mungkin Itulah Keadaan Kita.

   
                             Kita Akan Lihat Sekalian Manusia Kelam-Kabut Mempersiapkan Diri.Sebelum Ini Jarang Ke Masjid,Kini Mula Menjejakkan Kaki Ke Masjid.Setiap Kali Solat Fardhu,Masjid Penuh Dengan Manusia.Kuliah Ilmu Mula Mendapat Perhatian.Para Ulama' Dan Ustaz-Ustaz Mula Dijadikan Teman. Saya Agak,Itulah Yang Akan Berlaku Pada Waktu Itu.Wallahhu'alam...


Rahsia Allah

                   Namun,Apa Yang Allah Takdirkan Adalah Sebaliknya .Allah Rahsiakan Tarikh Ajal Kita..Allah Juga Rahsiakan Tarikh Berlakunya Hari Kiamat.Kenapa Allah Rahsiakan Tarikh Itu Daripada Kita?Ini Kerana Allah Mahu Menilai Manusia-Manusia Yang Benar-Benar Ikhlas Melakukan Ibadat Pada-Nya Dan Benar-Benar Berusaha Menjauhi Segala Larangan-Nya.Ya,Allah Sedang Menilai Kita.Adakah Kita Ini Hanya Menyembah Allah Pada Waktu-Waktu Yang Tertentu?Atau Kita Benar-Benar Menyembah Allah Pada Setiap Detik Dan Waktu Dalam Hidup Kita.

                            Lihat Sahaja Diri Kita Tatkala Menghadapi Ujian Dunia.Contohnya,Apabila Kita Hendak Menghadapi Peperiksaan.Setiap Hari Sebelum Peperiksaan Itu Tiba,Pasti Akan Dipenuhi Dengan Ulangkaji,Study Group Dan Sebagainya.Malah Ada Yang Sampai Tidak Tidur Malam,Berjaga Untuk Menelaah Pelajaran.Bukan Apa,Takut Gagal Dalam Pelajaran.

                            Namun Bagaimana Kita Melayani Akhirat?Sepatutnya Kita Perlu Lebih Lagi Mempertingkatkan Amal Ibadat Kita Kerana Tidak tahu Bilakah Tarikh Kita Akan Bertemu Allah SWT!


Kesimpulan
                  Ayuh Bermula Dari Sekarang,Kita Countdown.Bukanlah Bermakna Kita Tahu Tarikhnya.Tetapi Countdown Kita Bermakna,Kita Akan Terus Berusaha Menjadi Hamba Allah Yang Baik Sehinggalah Tiba Tarikh Penentunya.Tarikh Penentu Sama Ada Kita Akan Ke Neraka Atau Ke Syurga Allah.!Wallahhua'alam...

                          "Bekerjalah Kamu Untuk Duniamu Seolah-Olah Engkau Akan Hidup Untuk Selama-Lamanya Dan Beramallah Untuk Akhiratmu Seolah-Olah Engkau Akan Mati Esok Hari."(Pepatah Arab)

Jumaat, 30 November 2012

Sahabat Sejati..^^






                      Persahabatan Memang Menggembirakan.Jikalau Mendapat Sahabat yang Sejati..Sahabat Sejati Adalah Sahabat Yang Membimbing Kita Ke Arah Kejayaan,Bukan Yang Membawa Kita Kepada Kehancuran..Contoh Kisah Sahabat Sejati:

                       Suatu Hari Di Kelas 5 Ibnu Sirriin.Syahirah Seorang Yang Kuat Main..Tetapi Dia Ingin Berjaya Seperti Kawannya Salhana...Yang Berjaya Di Kelasnya..Suatu Hari,


Syahirah:Assalammualaikum Ana...^_^
Salhana:Wa'alaikummussalam..Ierah..Kenapa??
Syahirah:Saya Nak Cakap Sesuatu Kat Awak...
Salhana:Cakaplah..
Syahirah:Saya Tahu Awak Seorang Yang Bijak...Boleh Tak Kalau Awak Jadi Kawan Sejati Saya??Saya Tahu Awak Boleh Bawa Saya  Kearah Kejayaan..
Salhana:Boleh..Kita Boleh Belajar Sama-sama...Nanti Kat Kantin Kita Makan Sama-Sama Dan Kita Ke Perpustakaan Untuk Bincang Pelajaran Sains..


                        Tiba-tiba..Krinnnnnnnnnnnnnnnnnnnngggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!!!!....
Salhana:Okayy Lah..Jom Kita Makan Kat Kantin..Dah Bunyi Loceng dah Nih..Baik Kita Sediakan Dulu Buku Sains Kat Atas Meja....
Syahirah:Bagus Idea Awak...


                          Selepas Mereka Makan Bersama Di Kantin,Mereka Mengambil Buku Di Kelas Dan Belajar Di Perpustakaan..Apa Yang Syahirah Tidak Faham...Salhana Akan Menerangkan Satu-Persatu..Hari-Hari Mereka Akan Berbincang Dalam Setiap Matapelajaran..Kalau Syahirah Tidak Faham,Salhana Pun Tidak Faham...Mereka Akan Berjuma Dengan Guru Mereka..Mereka Menjadi Sahabat Yang Baik.BFF Lah Katakan..

Makin Lama Makin Dekat Masa Untuk SPM..Makin Risau Mereka..Sekarang Mereka Tidak Bincang Pada Waktu Rehat Sahaja..Kalau Cikgu Mereka Bagi Masa Untuk Buat Kerja Sendiri..Mereka Pun Berbincang Untuk SPM Yang Akan Datang..Untuk Percubaan Mereka Mendapat 7A....Mereka Mengucap Alhamdulillah..
Salhana:Tak Pa Ierah.Tinggal 1A Jerk..Harap Dpt Tambah 1 Jerk Lagi A..
Syahirah:Tulah..Apa2 Pun Alhamdulillah!..
Salhana:Alhamdulillah...
Syahirah:Ada Berapa Hari Jerk Niyh...Hmm..Jom Ulangkaji..
Salhana:A'ah Lah..Cikgu Pun X Ajar Lagi Niyh..Sempat Lagi..Jom..



                    Semakin Lama Semakin Dekat Untuk SPM..Mereka Pun Berdoa Pada Allah Semoga Dia Mendapat Keputusan Yang Baik Untuk SPM Nih..Semasa Di Kelas,Mereka Mendapat Sehelai Kertas Yang Bertulis 'Jadual SPM'..Mereka Ulangkaji Lagi Untuk SPM..Mereka Merasa Gementar..Tetapi Mereka Hendak Tenangkan Diri Supaya Lebih Senang Untuk Ilmu Masuk....


                     Di Hari SPM Mereka Berdoa Supaya Mendapat Keputusan Yang Cemerlang..
Syahirah:Gudluck Kayy..Ingat Allah..Tawakal Pd Allah Kayy Ana..^^
Salhana:Gudluck Too Frend..Ana Harap Ierah Berjaya....^_^
Syahirah:Ierah Cmtu Gak..Harap Berjaya..^_^


                      Sahabat Yang Membawa Ke Arah Kejayaan..^^..Selepas Habisnya SPM..Mereka Telah Mendapat Keputusan..Mereka Takut Hendak Membukannya..Selepas Itu Mereka Berdua Berjumpa..

Syahirah:Ana Awk Dapat Berapa A??
Salhana:Entah Lah..Tak Bukak Lagi..Awak??
Syahirah:Saya Pun Sama..
Mereka Berdua Mengucap:Bismillahhirrahmanirrahim..
Mereka Gembira Dan Mengucap:Alhamdulillah Ya Allah...
Syahirah:Saya Dapat 8A!
Salhana:Saya Pon..ALHAMDULILLAH!!..
   

                       Sahabat Yang Membawa Kita Kearah Kejayaan..Syahirah Budak Yang Nakal Mendapat 8A..Itu Semua Usahanya...Mereka Masuk Ke Universiti Mu'tah Di Jordan..Itulah SAHABAT SEJATI...WALLAHHUALAM..^^

Khamis, 29 November 2012

Kisah Pemuda Arab Yang Belajar Di Amerika



Assalamu'alaikum,

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"
 
Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**



Rabu, 28 November 2012

Akibat Derhaka Pada Ibu







                                                        Akibat Derhaka Pada Ibu

Diriwayatkan oleh Luqman Hakim menceritakan, pada zaman dahulu di sebuah negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat kerana ketinggian ilmunya. Dia sangat disukai oleh orang ramai kerana budi dan amalnya, ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya harum di serata negeri itu. Ibunya sangat berbangga kerana mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang, di mana-mana
sahaja namanya pasti menjadi perbualan orang.

Pada suatu hari, pemuda tersebut bercadang hendak pergi ke Mekah kerana ingin menuntut ilmu dengan lebih tinggi. Dia merasakan bahawa ilmu yang ada padanya masih belum mencukupi. Lantas dia cuba memujuk ibunya agar membenarkan dia pergi. Dengan deraian air mata ibunya berkata, ”Anakku, engkau adalah mutiara hatiku, ibu akan menderita jika engkau pergi ke Mekah. Ibu sudah tua, ibu tidak sanggup berpisah dengan engkau apatah lagi engkau berada di sana bertahun-tahun lamanya. Batalkanlah sahaja niatmu itu nak” ,rayu ibunya menasihatinya.

Pemuda itu berasa amat kecewa dengan kata-kata ibunya, tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu agama di negeri Mekah itu tidak luntur dari hatinya. Malah dia akan tetap pergi kerana tekadnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Pada keesokan harinya selepas dia mengerjakan sembahyang subuh, diapun berangkat ke Mekah, dia tidak menghiraukan nasihat ibunya lagi.

Kini tinggallah ibunya yang sudah tua bersendirian dengan deraian air mata. Hatinya begitu sakit apabila mengenangkan anaknya yang tidak mempedulikan nasihatnya lagi.

“Ya, Allah” kata ibunya merintih. “ Sesungguhnya anakku telah membakar hatiku dengan permergiannya. Maka engkau turunkanlah seksa kepada anakku itu, Ya Allah”.

Setiap kali selepas sembahyang ibunya berdoa seperti itu. Akhirnya anaknya sampai di Mekah dan giat mencari ilmu dan beribadat.

Pada suatu malam yang gelap gelita, berlakulah suatu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri memasuki rumah saudagar yang kaya. Tetapi disedari oleh tuan rumah tersebut lalu pencuri itu lari lintang pukang menyelamatkan diri. Tuan rumah itu terus mengejarnya sehingga sampai di sebuah masjid untuk berlindung. Kebetulan pada masa itu, terdapat seorang permuda yang sedang khusyuk berzikir, Sebagai helah untuk menyelamatkan diri, pencuri itu terus berteriak sambil menunding-nundingkan jarinya ke arah pemuda yang sedang berzikir itu. “Pencuri!!Pencuri!! teriaknya.

Mendengar teriakan itu tuan rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam masjid dan menangkap pemuda itu. Pemuda itu terpinga-pinga apabila dirinya ditangkap, berbagai-bagai penafian dibuat namun tuan rumah itu terus menyeretnya keluar dari masjid. Kemudian tuan rumah itu mengikat tangannya lalu membawa dia mengadap raja. Dengan perasan marah tuan rumah itu terus menceritakan kesalahan pemuda tersebut. Tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya serta soal selidik yang terperinci, maka raja itu menjatuhkan hukuman ke atas pemuda itu dengan memotong kedua kaki dan tangannya serta biji matanya dicungkil. Dengan perasan yang amat hiba pemuda itu menerima hukuman raja itu dengan tenang.

Setelah hukuman itu dilaksanakan, raja memerintahkan pula supaya pemuda itu diarak di khalayak ramai. Disepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada orang ramai ” Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang” Sewaktu perarakan itu sampai di sebuah pasar, maka pemuda yang dituduh mencuri itu berkata kepada pegawai-pegawai raja yang membawanya. ”Wahai pegawai janganlah engkau berkata begitu tetapi sebaliknya katakanlah, inilah balasannya kalau orang yang derhaka kepada ibunya.”

Para pegawai itu menjadi hairan mendengar saranan pemuda itu. Hati mereka ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu betul ataupun berpura-pura. Akhirnya para pegawai itu menyelidiki latar belakang pemuda yang dituduh mencuri itu. Setelah selidik ternyatalah pemuda itu bukanlah pencuri yang sebenar. Dengan perasaan kasihan para pegawai raja itu membebaskannnya lalu dihantar pulang ke rumah ibunya.

Ketika sampai di perkarangan rumah ibunya, para pegawai itu terus meletakkannya di muka pintu rumah ibunya. Keadaannya yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memanggil-manggil ibunya dari luar, dari dalam rumah terdengar ibunya berdoa , “Ya, Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya aku dapat melihatnya.”

Oleh kerana dia tidak tahan mendengar doa ibunya itu, tanpa disedarinya air matanya jatuh bercucuran. Lantas dia berpura-pura menjadi pengemis.

“Ya tuan, berilah hamba sedekah.”

“Datanglah ke sini.” Terdengar suara dari dalam.

“Bagaimana saya hendak masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki.”Jawab anaknya.

“Kalau begitu hulurkanlah tanganmu.”Jawab si ibu dari dalam yang masih belum mengetahui bahawa itu adalah anaknya.

“Tuan, maafkanlah saya kerana saya tidak mempunyai tangan, kerana tangan hamba telah dipotong.”

“Kalau begitu bagaimana aku dapat memberimu makanan, sedangkan aku bukan muhrammu.”Jawab ibunya.

“Tuan, janganlah bimbang, kerana kedua belah mata saya telah buta,”jawab anaknya.

Ibunya yang masih belum mengetahui bahawa di luar itu adalah anaknya terpaksa keluar membawa sekeping roti untuk disuapkan ke mulut anaknya. Sebaik sahaja roti itu hendak disuapkan ke dalam mulutnya, pengemis itu terus merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis.

“Ibu maafkanlah saya ibu. Sebenarnya saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib seperti ini. Ibu, saya telah bedosa terhadap ibu, maafkanlah saya ibu.”

Setelah dia mengetahui bahawa pengemis itu adalah anaknya, dia terus memeluk anaknya sambil menangis meraung-raung kerana melihat anaknya yang mengerikan. Oleh kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya dia terus menadahkan tangan sambil berdoa.”Ya tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah aku maafkan, tetapi seksa anakku sungguh mengerikan. Aku tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa.Ya tuhan, kau akhirilah hidupku bersama anakku ini agar kami tidak menanggung malu.”

Dengan kehendak Allah yang Maha Esa, doa ibu itu telah dimakbulkan. Akhirnya dia dan anaknya mati bersama-sama.Begitulah nasib anak tidak menuruti perintah orang tua dan orang tua yang tidak redha di dalam mencari ilmu.

Wallahu’alam….



Zinnirah


Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome ,Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang.

Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan ada kalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya.

Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan.

Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslamanan Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

“Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ.

Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Lattadan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, “Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa. “Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurniaan Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang menggagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.

Selasa, 27 November 2012

Doa Untuk Gaza

 http://sphotos-b.xx.fbcdn.net/hphotos-prn1/c0.0.403.403/p403x403/148482_469378723105159_842537720_n.jpg


Do’a untuk GAZA, Palestine.

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ
اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ
(اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي
اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ
اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Wahai Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami,
Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

Khamis, 22 November 2012

Yahudi Laknatullah

                         

                     Bagaimana Boleh Jadi Bergini??Apa Salah Anak Ini??Hingga Bergini??Semuanya Kerana YAHUDI LAKNATTULLAH Yang Tidak Mempunyai HATI PERUT!...Dia Pergi Kesekolah Dengan Gembira..Hendak Menuntut Ilmu..Sedang Belajar Datang Satu Bom Yang Menghancurkan Bangunan Sekolah Dan Hamba Allah Di Dalam  Bangunan Itu..ALLAHHUAKBAR!!


                     Anak Yang Tidak Bersalah Yang Dibunuh....Bertapa Sedihnya Ibu Bapa Pada Anak Ini..Melihat Anaknya Yang Tidak Bersalah Dibunuh...Anak-anak Di Malaysia Gembira Bermain...Anak-anak Di Palestine Bersedih Apabila DiSerang Oleh Yahudi Laknattullah..

           
                     Wahai Warga Palestine..!Kami Di Sini Hanya Mampu Berdoa Atas Kemenangan Umat Islam...InsyaAllah..Kemenangan Di Atas Kaum Islam...Aku Tahu Negaramu Telah Merdeka..Tetapi YAHUDI LAKNATTULLAH Masih Bermuslihat Jahat Padamu..Aku Akan Berdoa Setiap Selepas Solat..

 
                      "Ya Allah,Engkau Berikanlah Kemenangan Keatas Umat Islam Ya Allah...Diriku Tidak Sanggup Melihat Umat Islam Terseksa..Aku Tidak Mampu Untuk Berjuang Jihad Fi Sabilillah Di Sana..Aku Hanya Mampu Berdoa Ya Allah...Engkau Berikanlah Kemenangan Kepada Palestine Dan Engkau Hancurkan,Hancurkan,Hancurkan YAHUDI LAKNATTULLAH!!..Amin Ya Rabb"

Siti Noor Huda Copyright © 2012 Designed by Ms Farhana Zin