Halaman

Rabu, 26 November 2014

Niqab~




Datang seorang makcik pakai purdah beli tembikai. Abg pun apa laaaagi, bagi diskaun 20% dekat beliau. Mohon dia ada anak perempuanlah. huhu
Tapi, meleset. Dia ada anak jantan je tak sempat abg nak tanya dia dah bagitau,
"Beli ni untuk anak laki yang seorang tu. Sorang je tu anak akak."
Lalu tercetuslah satu pertanyaan abang kepada makcik tu.
"Kak, betul ke yang pakai purdah ni cantik-cantik?"
Dia pun apa laaagi, terus jawab,
"Tak juga. Senang je kalau awak nak cam yang cantik pakai purdah tu.
1. Dia pakai hitam plain saja. Takde warna-warni bergaya bagai macam bebudak zaman sekarang haplod-maplod dekat internet tu.
2. Dia tak pakai lense. Takde perhiasan-perhiasan dikenakan pada pakaian atau purdahnya. Takde blink-blink bagai semua tu tade. Biasa saja orang tengok.
3. Dia pakai sarung tangan. Sebab tak nak orang tahu dia putih atau gemuk/kurus dari tangannya.
4. Dia pemalu. Susahlah nak upload gambar tu. Memang susah.
5. Nampak lelaki, dia tak tengok. Dia menjauh. Takde duk main-main mata. Ni macam bebudak skrg, siap upload mata lawa-lawa sebab nak permainkan mata lelaki dengan mata dia yang fake tu."
Abg pun terlopong dengar. Nasib baik tak bersila je dengar ceramah makcik ni.
Macam tu rupanya cerita sebenar. Baiklah, abg dah paham. Abg pun bagi free tembikai kuning yang kecik dekat dia tanda terima kasih ilmu berguna dunia akhirat.
Ilmu malu tu berguna.
huhuu..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni untuk semualah tak kira pakai purdah atau tak pakai. Tak kira lelaki dan perempuan.
1. Muslim memang tahu, pakai apa pun, asasnya tutup aurat.
2. Keempat-empat mazhab bersetuju, purdah jadi wajib bila terkait fitnah.
Isunya:
"Apa ni, sampai niqabis tak boleh pakai warna-warni kena pakai hitam atau satu warna yang plain biasa-biasa je, tak boleh nak fesyen, tak boleh nak itu-ini, tak boleh upload gambar melaram atau pernikahan dengan baju lawa-lawa. Orang lain boleh pulak? Ni jumud okay. Padahal, hidup di realiti kena bercampur gaul dengan masyarakat, cakap dengan lelaki, kerja bla bla bla. Terbukalah. Open your mind!"
Tenanglah.
Baca ni.
1. Kita berikan teguran, untuk penambahbaikan. Bukan paksaan. Take it or leave it.
2. Kita ini terbahagi kepada tiga golongan:
— Golongan yang betul-betul nak ikut panduan Islam. (yang ni sikit je)
— Golongan yang amik separuh yang dia suka, separuh lagi dia tak ikut. (yang ni, kita)
— Golongan yang tak ikut langsung. (yang ni, ramai lagi)
3. Ibarat awak nak pilih tembikailah:
— Awak nak tembikai yang terbaik, manis, tiada biji.
— Awak taknak tembikai yang separuh manis, separuh tidak.
— Awak langsung taknak tembikai yang tawar, putik, tak menjadi.
4. Sama juga bab pakaian, contoh di sini, purdah:
— Seorang perempuan pakai purdah satu warna tidak menarik perhatian, maybe hitam, cokelat, putih, plain warnanya. Tak upload gambar. Tak menjaja mata bercontact lense warna-warni. Tidak melaram kecuali depan mahramnya. Melaram pun tidak upload ke media sosial. Dia betul-betul nak jadi macam isteri-isteri Nabi s.a.w. yang tidak memandang dan tidak dipandang. Malunya tinggi. Jadikan wanita-wanita Tarim sebagai contoh wanita yang menjaga kehormatannya. ( Golongan ni sikit, asing )
— Seorang perempuan yang pakai purdah ikut suka dia. Tidak seperti golongan pertama tadi. Dia buat semua. Dia rasa dia bebas lakukan segalanya. Namun, dia tak mampu jawab satu soalan pada dirinya sendiri,
"Aku ni tabarruj atau tidak? Purdah untuk makin tidak expose, atau makin expose pada orang? Ah, salahkan saja mata lelaki!"
(Golongan ini ramai, senang saja dicari di instagram dan facebook. Mereka sangka mereka golongan yang asing. Tidak, mereka cuma perasan. Bila ditegur, mereka tak senang.)
— Sama juga kesnya dengan perempuan bertudung yang lain. Terbahagi golongan yang sama seperti di atas. Ada yang nak jadi asing. Ada yang nak jadi separuh-separuh. Ada yang tak kisah pun melaram.
5. Wanita-wanita Tarim yang terkenal dengan penjagaan yang sepenuhnya tak ada siapa akan kata mereka jumud. Walaupun mereka pakai purdah yang biasa. Tutup segala. Warna tak menarik perhatian.
Pada Islam, itu bukan jumud. Tapi, asing. Islam bermula dengan asing, kembali dengan asing. Beruntunglah orang-orang yang asing.
6. Hidup ini pilihan. Andai awak nak jadi yang terbaik, awak boleh jadi. Kalau awak taknak jadi yang terbaik, tak ada siapa nak marah pun.
Pemakaian kita bukanlah kerana fatwa atau hukum semata-mata. Tapi, kerana taqwa. Makin tinggi taqwa, makin kita nak baiki diri ke arah lebih baik. Makin kita tanak bergaya depan orang lain, makin kita tinggikan rasa malu dalam diri.
Nak jadi yang terbaik, jadilah betul-betul. Kenapa nak separuh-separuh pula?
Nak jadi solehah, jadilah betul-betul.
Nak jual tembikai yang terbaik, jaga, baja dan kawal dengan sepenuh penjagaan.
Kalau awak nak jadi diri yang sekarang dengan pelbagai alasan duniawi awak, terserah.~

(tapi kdg2 org yang berniqab niyh klo beli pape brg...kdg2 msti dpt discount...Allah nk bg rezeki kt hamba-Nya yg taat pd perintahnye...Allah~~)

kopi&pasta:#Muhammad Rusydi
                  #rusydeeartz


Selasa, 7 Oktober 2014

Air Laut Yang Tidak Becampur | Bukti Surat Ar-Rahman: 19-20 & Al-Furqan:...







Video ini membuktikan kebenaran Surat Ar-Rahman ayat 19 dan 20 yang berbunyi:



مرج البحرين يلتقيان ؛ بينهما برزخ لا يبغيان ؛ “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” (QS. Ar-Rahman: 19-20) ... Inilah video tersebut, yang memperlihatkan aliran dua lautan yang tidak pernah bercampur, seolah-olah ada sekat atau dinding yang memisahkannya

Isnin, 9 Jun 2014

Wanita Solehah,Wanita Sejati

Wanita solehah itu aurat dijaga,Pergaulan dipagari,Sifat malu pengikat diri,Seindah hiasan di dunia ini.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda,

Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.” (HR Nasa’i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim)

“Wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga. Dan isteri solehah itu akan menjadi ketua bagi bidadari bidadari syurga. kamu mahu menjadi solehah?” soal ustazah sewaktu minggu orentasi. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke halaman maahad yang permai.

“Nak..!!”  jawab kami.

Ustazah tersenyum..

Kalau macam tu, usahalah jaga akhlak kamu. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, ''Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya : Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka.” (HR Ahmad)

“InsyaAllah ustazah..!”

Kini saya dah dewasa. Bukan lagi murid tingkatan satu dahulu. Mungkin cita-cita untuk menjadi seorang doktor tak kesampaian. Namun cita-cita sebagai seorang wanita solehah tetap hidup dalam diri. Kalau dulu saya hanya mengangguk kalau ada yang berpesan

“Nanti kamu jadi anak yang solehah ya. Yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya”

Solehah yang ku hadam sebagai perempuan yang baik. mudah saja. ^^

Hari ini saya melihat dunia. Dunia realiti dan sebenar. Manalah perempuan yang baik itu. Susah untuk ketemu. Saya yang rasa dan pendam sendiri. Untuk menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Untuk menjaga aurat. Untuk menjaga iman dan akal hati. Kadang kadang saya menangis sendiri..

“Ya Allah susahnya mahu jadi solehah. Bertalu-talu aku diuji.”

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23 :

“Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?”

Ku sapu air mata. Takut kalau Allah mengunci hati. Ahh.. Itu hanya mehnah kecil. Sedangkan Sumayyah diuji imannya dengan ujian yang maha dahsyat! Kan wanita solehah itu kuat jiwanya! Teguh azamnya!

“Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.”

Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.

Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya, dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

Solehah bukan lah mudah. Namun ia bukanlah mustahil. Selagi menjaga ibadah, menjaga kehormatan dan taat kepada suami.

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda :

Apabila mati seorang anak Adam itu maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara :- Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan terus diamalkan dan anak soleh yang mendoakannya.”

copy&paste by:Nur Liyana

Jumaat, 7 Mac 2014

Kaya Dunia Akhirat


"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagiamu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan"
(Al-Qasas 28:77)

Sahabat,
Tidak salah kita mengejar kekayaan kerana menjadi kaya itu sendiri merupakan salah satu kegembiraan manusia dan memenuhi kehendak serta keperluan manusia;tetapi Islam sendiri telah menggariskan bagaimana kekayaan itu perlu difahami dan diuruskan supaya kita tidak tenggelam dalam kekayaan dan sentiasa memandu wang dan harta yang kita miliki itu di jalan Allah.

Bagaimanakah Islam mengajar kita memahami kekayaan.

Perkara pertama yang kita perlu tahu ialah manusia tidak boleh mengejar kekayaan hanya untuk di dunia atau hanya untuk di akhirat sahaja.Contohnya,kita tidak boleh menjadi miskin di dunia dengan alasan ingin menumpukan kekayaan di akhirat.Tidak boleh.Kita perlu kejar kedua-duanya sekali.Manusia yang terbaik adalah manusia yang kaya di dunia dan kaya juga di akhirat.Dengan kata yang lain,dia kaya dengan harta dan kaya dengan pahala.

Salah satu cara kaya di dunia dan di akhirat ialah dengan menjadi orang yang berilmu.Ilmu tidak sesekali akan menjadikan kita seorang yang jahil.Dengan ilmu,kita mampu untuk membuat pilihan yang mana satu perlu menjadi keutamaan.Orang berilmu tidak akan meninggalkan dunia semata-mata ingin mengejar akhirat.Begitulah juga sebaliknya,orang berilmu tidak akan meninggalkan akhirat kerana semata-mata mengejar dunia.

Kesimpulan

Ayuh kita semua bergerak mencari ilmu.Ilmu akan menjadikan kita jutawan dunia akhirat.

Salah Silap harap tegur sahabat..



Selasa, 4 Mac 2014

Jom Bersedekah




Kepada,
PARA DERMAWAN YANG BUDIMAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

... Tuan/Puan/Cik,

PERMOHONAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN SEKOLAH RENDAH ISLAM IBNU NAFIS

Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis (SRIIN) ditubuhkan pada tahun 2001 dan berdaftar dengan Kementerian PendidikanMalaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, dan Jabatan Agama Johor (No. Pendaftaran: PPAJ6030918). SRIIN menggunakan integrasi tiga silibus iaitu silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), silibus dari Jabatan Agama Johor, dan Tahfiz. SRIIN sedang beroperasi di bangunan rumah kedai beralamat di 500A, Jalan Kenanga 29/15, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor Darul Takzim.

2. Untuk makluman tuan, sebagai usaha meningkatkan kualiti serta mutu pendidikan dan pembelajaran, kami memutuskan untuk memindahkan operasi sekolah di kawasan yang tetap dan kekal serta lengkap dengan pelbagai kemudahan. Untuk merealisasikan impian ini, kami telah merangka perancangan pembangunan SRIIN yang merangkumi beberapa fasa. Fasa pertama ialah pembelian tanah, Alhamdulillah, hasil bantuan dan sumbangan orang ramai, kami telah berjaya mendapatkan sebidang tanah di Lot GM2145 Mukim Senai, iaitu berhampiran dengan Kampung Separa, Kulai.

3. Kini kami sedang menjalankan fasa kedua iaitu mengumpulkan dana bagi membangunkan bangunan kekal SRIIN di atas tanah tersebut. Kos anggaran yang diperlukan untuk memulakan projek tersebut adalah sebanyak RM2 jutahingga RM5 juta.

4. Oleh sebab yang demikian, pihak kami teramat memerlukan bantuan dan sokongan dari pihak luar bagi mengumpulkan dana pembangunan tersebut. Sehubungan dengan itu, atas semangat ukhwah Islamiah dan salingbantu-membantu, terutamanya dalam merealisasikan niat suci melahirkan generasi soleh dan solehah, pihak kami percaya bahawa pihak tuan tidak keberatan untuk turut membantu dalam membangunkan sekolah ini.

5. Atas tujuan mengumpulkan dana, kami telah membuka saham wakaf bernilai RM20 untuk sekaki persegi tanah. Sijil wakaf seperti dalam gambar contoh akan disertakan dengan pembelian setiap kaki persegi. Untuk membeli saham wakaf tersebut bolehlah mendepositkan RM20 bagi setiap kaki persegi ke akaun berikut:

Nama Akaun : Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis
No. Akaun 1 : 0109-00000-47106 (CIMB)
No. Akaun 2 : 551100301405 (MAYBANK)

Selepas itu, sila maklumkan pihak sekolah dengan menghantarkan emel atau surat dengan menyatakan jumlah yang telah didepositkan, tarikh dan waktu deposit, dan nama pewakaf yang ingin disertakan, dan alamat bagi tujuan penghantaran sijil wakaf.

6. Semoga dengan bantuan yang tuan sumbangkan dapat menyempurnakan ‘anak-anak kita’ dalam proses menuntut ilmu dan seterusnya menjadi seorang insan soleh dan solehah yang cemerlang berpaksikan Iman dan Akhlak yang mulia. InsyaAllah segala sumbangan yang disalurkan akan diberikan ganjaran pahala yang berlipatkali ganda oleh Allah.

7. Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi pihak sekolah di talian 07-6623509 (Pejabat) atau 013-9327923 (Ustaz Fauzi).

Semoga Allah memberikan ganjaran yang sempurna atas usaha kita semua di akhirat kelak. InsyaAllah.

Jazakallahu Khairan Kathira.

~ BERILMU, BERIMAN, BERAMAL ~
SEKOLAH RENDAH ISLAM IBNU NAFIS
500A, JALAN KENANGA 29/15,
INDAHPURA,
81000 KULAIJAYA,
JOHOR.
Tel/Fax : 07-6623509
Website : http://www.ibnunafis.edu.my/
Emel : fauzi@ibnunafis.edu.my

*Mohon kepada sahabat-sahabat sekalian untuk menyebarkan perkara ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Jika sahabat tidak mampu untuk bantu kami dari segi kewangan, sekurang-kurangnya sahabat dapat bantu kami dari segi masa dan tenaga untuk menyebarkan perkara ini. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik sahabat-sahabat sekalian. Terima Kasih.

Siti Noor Huda Copyright © 2012 Designed by Ms Farhana Zin