Halaman

Isnin, 25 Mac 2013

Beriman Tanpa Bertemu Rasulullah




           Para Sahabat Rasulullah Adalah Kelompok Orang Beriman Yang Sangat Hebat Ketakwaan Mereka Terhadap Allah...Mereka merupakan golongan umat Rasulullah yang memiliki kesolehan darjat yang tinggi.Tidak ada siapa boleh menyaingi keimanan para Sahabat.


           Saidina Miqdad Bin Amr adalah seorang daripada sahabat Rasulullah.Selepas memeluk islam,Miqdad tidak ragu-ragu mengisytiharkan ke-Islamannya secara terbuka.Akibatnya,orang-orang kafir Quraisy Makkah pun bertindak memukul dan menyiksa Miqdad.


           Ikrarnya Menaikkan Semangat

            Miqdad memiliki minda yang cerdas.Dia adalah seorang yang berfikiran jauh.Dia menilai sesuatu tidak mengikut kehendak semasa sahaja.Sebaliknya berfikir secara teliti serta mengaitkan dengan perkara yang jarang difikirkan oleh orang lain.

             Suatu Ketika,sebelum berangkat menyertai peperangan Badar,Rasulullah meminta pendapat para Sahabat.Selepas Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar memberikan pendapat masing-masing,Miqdad Mengajukan Pendapatnya pula.
             Kata Miqdad,"Wahai Rasulullah,tunaikanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepada tuan...Kami tidak akan berkata seperti yang dikatakan oleh kaum Bani Israel kepada Nabi Musa:'Pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah.Kami akan menunggu di sini'.Tetapi kami akan berkata kepada tuan:'Pergilah tuan bersama Tuhanmu dan berperanglah.Kami akan ikut berjuang di samping tuan'."

             Ucapan yang bersungguh-sungguh itu telah menaikkan semangat juang para Sahabat yang lain.Rasululah SAW tersenyum puan mendengar ikrar taat setia daripada Sahabat Baginda itu.



             Bersyukur Menjadi Orang Beriman

            Beberapa lama waktu berlalu,sampailah zaman pemerinta Khulafa ar-Rasyidin.Suatu hari,Miqdad bin Amr r.a. mendengar seorang lelaki mengeluh kerana tidak berpeluan hidup bersama Rasulullah SAW.Miqdad pun berkata padanya,"Apakah yang mendorongmu ingin melihat peristiwa yang disembunyikan oleh Allah daripada penglihatan kamu?Padahal kamu tidak tahu apa akibatnya apabila kamu dapat menyaksikannya."

              "Apa yang tuan maksudkan?"tanya lelaki itu.Miqdad r.a. menjawab,"Bukankah ramai orang yang disembamkan muka mereka ke dalam api neraka?Walhal mereka hidup pada zaman Rasulullah.Mengapa kamu tidak mengucapkan pujian kepada Allah kerana menghindarkan kamu daripada malapetaka seperti itu?Dia menjadikanmu orang yang beriman kepada Allah dan Nabimu."





 
               Bertemu Nabi Tetapi Kufur

             Memang benar kata-kata seorang Sahabat Rasulullah SAW yang sangat soleh lagi bertaqwa itu.Sebagai contoh,Abu Lahab yang merupakan bapa saudara Rasulullah SAW.Bukan sahaja tidak beriman tetapi menjadi orang yang paling kuat memusuhi dan menentang perjuangan Rasulullah SAW,anak saudaranya sendiri.
              Oleh itu,bersyukurlah walaupun tidak dapat bertemu dengan Baginda SAW.Menjadi umatnya yang taat dan beriman merupakan nikmat dan rahmat Allah yang tidak ternilai harganya.Adakah kita pasti apabila kita hidup di zaman Rasulullah kita akan mengikut perjuangan Rasulullah atau sebaliknya...Wallahhualam

Siti Noor Huda Copyright © 2012 Designed by Ms Farhana Zin