Halaman

Rabu, 27 November 2013

Fatimah Al-Khattab (Keteguhannya Mendepani Kemaharan Umar)



Memeluk Agama Islam                                                                                                                                 
          Umar berasa berang apabila diberitahu oleh Nu'aym bin Abdullah bahawa adiknya,Fatimah telah memeluk agama yang dibawa oleh Muhammad,seorang lelaki yang dimusuhi Umar.Umar segera berjalan ke rumah adiknya untuk memastikan kebenaran cerita Nu'aym.Di depan rumah dan suaminya,Saad bin Zaid,Umar terdengar bacaan al-Quran.Ketika itu, Nabi Muhammad menghatar Khabbab bin Arat untuk mengajar Fatimah dan suaminya membaca al-Quran.Umar serta-merta marah.

   Fatimah dan suaminya terkejut.Mereka mengarahkan Khabbab bersembunyi.Apabila Umar masuk ke dalam rumah adiknya,dia segera bertanya tentang bacaan yang didengarinya tadi."Apakah bacaan itu datang dari Muhammad?Apakah kamu berdua telah murtad?".Soalan Umar menyebabkan suami isteri itu serba-salah.Akhirnya Saad menjelaskan kedudukan sebenar bahawa mereka telah memeluk agama Islam.

                                                                                                       Mendengar jawapan Saad,Umar segera menampar wajah Saad hingga berdarah.Fatimah cuba menyelamatkan suaminya daripada pukulan Umar."Tunjukkan kepadaku apakah bacaan yang kamu baca tadi?"kata Umar.

         Fatimah dan suaminya hanya memberikan catatan ayat al-Quran setelah memaksa Umar agar tidak mempermainkan kalam Alam.Malahan,Umar diminta mandi sebelum membaca ayat Allah.Oleh kerana keinginan yang kuat,Umar menutut kata-kata Fatimah dan Saad.
Lafaz Kalimah Syahadah                                                                            

     Bergetar hati Umar tatkala menatap ayat-ayat Allah daripada Surah Taha.Sewaktu matanya menangkap ayat 14 Surah Taha yang bermaksud: "Sesungguhnya!Akulah Allah,Tiada Tuhan melainkan Aku.Oleh itu,sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati-Ku."Hancur luluh hati Umar dan tanpa sedar berkata,"Tak sepatutnya Pemilik kata-kata ini dipersekutui.Alangkah indah dan mulianya kata-kata ini."

         Umar meminta untuk bertemu dengan Nabi Muhammad SAW.Akhirnya,di depan Baginda Saw,Umar melafazkan kalimah syahadah dan menjadi seorang Muslim.
Kesimpulan                                                                                              Begitulah sahabat,permulaan keislaman Saidina Umar yang bermula daripada pengislaman adiknya iaitu Fatimah binti al-Khattab..^_^
Wassalam..


Rabu, 31 Julai 2013

Kebesaran Ilahi



"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya,serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah),kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya)."
(Al-Mulk 67:15)


Merantau Dan Belajar

                     Bumi Allah ini luas.Beruntunglah bagi mereka yang diberi kelebihan untuk merantau ke negara orang dan melihat keindahan ciptaan Ilahi.Allah telah memberi galakan kepada manusia untuk keluar merantau ke serata bumi dan belajar sesuatu dari keagungan ciptaan-Nya.


                     Waktu keluar berjalan-jalan dengan keluarga,banyak perkara yang boleh kita belajar.Merantau dan melihat kejadian Tuhan pastinya kan membangkitkan jiwa.Allah galakkan kita berjalan dan melihat keajaiban ciptaan-Nya.Seolah-olah Allah mahu beritahu manusia,jika bumi ini pun Allah mampu cipta seindah secantik ini,apatah syurga-Nya di akhirat.


                                                            Kehebatan Ciptaan-Nya




             Justeru,syurga Allah itu berkali-kali ganda hebatnya.Keindahan syurga Allah jauh hendak dibandingkan dengan apa yang kita fikir.Apabila kita lihat bumi Allah ini banyak memberikan kemudahan kepada manusia.Keluar dari bumi sumber air yang baik.Padanya ada pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang hidup.Pelbagai jenis haiwan hidup melata sama ada di darat mahupun di lautan.Ini yang membuatkan kita terfikir.Jika bumi dan isinya mampu Allah cipta dengan sangat tersusun dan cantik.Bagaimanalah agaknya keadaan di syurga?
Maka berjalanlah kita di atas muka bumi ini dan akuilah kehebatan dan keagungan Allah SWT.


 Aturan Hidup Manusia

                  Jangan lupa untuk melihat budaya dan kepelbagaian sifat manusia.Mereka berada di tempat yang berlainan dan memiliki cara hidup yang berbeza dengan kita.Sungguh tidak terbayang bagaimana Allah dapat mengawal peraturan hidup manusia serumit ini.Maha Suci Allah!


              Dengan kepelbagaian sifat manusia ini pengakhiran yang akan memisahkan kita di akhirat nanti hanyalah syurga dan neraka.Mereka yang beriman kepada Allah,melaksanakan perintah-Nya dan mengajak manusia ke arah kebaikan dan dimuliakan dengan syurga.Manakala manusia yang ingkar kepada Allah suka melakukan kejahatan dan mengajak orang kepada kemungkaran akan di beri kehinaan di dalam neraka.


Kesimpulan

            Ayuh,lihatlah kebesaran Allah di muka bumi dan berlajarlah.Tiada alasan lagi untuk kita tidak mentaati Allah setelah melihat alam semesta yang indah ditadbir oleh Tuhan yang Maha Hebat!Jom keluar melihat kebesaran Ilahi.

Sendal

"Wahai Tuhan kami!Tidaklah Engkau menjadikan semua perkara ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau,maka perliharalah kami dari azam neraka."
(Ali Imran 03:191)



       

Selasa, 30 Julai 2013

Juwairah Binti Haris ( Penghubung Dakwah Islam)




Dakwah Islam
                                                                   

                     Perjalanan hidup Rasulullah SAW adalah untuk menyebarkan dakwah Islam.Baginda SAW mengorbankan diri,masa,harta,keluarga dan seluruh yang ada padanya untuk membebaskan manusia daripada panahan kemusyrikan kepada ALLAH SWT.Setiap tindakan Baginda SAW adalah strategi untuk menegakkan agama Allah di muka bumi.Salah satunya adalah melalui perkahwinan dengan para ummul mukminin.

                     Salah seorang isteri Baginda SAW adalah Juwairiah binti Haris,anak seorang pemuka Bani Musytaliq yg amat membenci agama Islam.Sebelum Islam,nama Juwairiah adalah Burrah.Dia dibesarkan dalam keluarga yang dihormati masyarakat serta memiliki kecantikan dan kecerdikan.



                                                                 Ikatan Perkahwinan

                      Pertemuan Juwairiah dengan Baginda SAW terjadi apabila kaumnya merancang untuk memerangi tentera Islam.Bapanya,Haris bin Abi Dhirar telah beranggapan sekiranya mereka dapat mengalahkan tentera Islam,kaum mereka akan mahsyur.Walau bagaimanapun,Rasulullah SAW lebih awal memerintahkan tentera Islam memerangi Bani Musytaliq yg ingkar.Dalam kekalahan Bani Musytaliq,Juwairiah turut menjadi tawanan tentera Islam.

                 
                      Juwairiah datang menemui Rasulullah SAW bagi mengadukan keadaanya yg menyedihkan.Dia telah kematian suami dan ayahnya juga melarikan diri.Juwairiah meminta Rasulullah SAW untuk dibebaskan daripada tawanan perang.Rasulullah SAW menawarkan untuk melindungi Juwairiah dan meminang Juwairiah sebagai isterinya.Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Juwairiah menyebabkan Bani Musytaliq dibebaskan daripada tawanan tentera Islam.Menurut Aisyah,salah seorang isteri Rasulullah SAW,dia tidak pernah melihat seorang wanita yang tinggi keberkatan melainkan Juwairiah.


                                                                       Kesimpulan

                     Perkahwinan itu juga menyebabkan bapa Juwairiah,Haris memeluk agama Islam diikuti oleh masyarakatnya.Begitulah strategi dakwah Rasulullah melalui perkahwinan Baginda SAW dengan Juwairiah.Hal ini boleh menjadi pengajaran kepada kita bahawa perkahwinan adalah cara untuk menyampaikan Islam kepada umat manusia.



Ahad, 14 Julai 2013

Hari Pembalasan

                




Pengertian


                     Hari pembalasan bermaksud hari yang akan berlakunya perhitungan bagi setiap makhluk di atas muka bumi ini.Setiap manusia akan mendapat balasan sesuai dengan setiap amalan yang dilakukannya selama di dunia.Jika amalannya baik,maka balasannya juga baik.Jika buruk amalannya,maka balasannya juga buruk kecuali bagi mereka yang beroleh keampunan dari Allah SWT.


Rukun Iman


                     Percaya dengan hari pembalasan merupakan salah satu dari rukun iman.Kita yang mempercayai hari pembalasan pasti akan menjalani hidup berlandaskan jalan dan panduan yang Allah telah tetapkan.Kita yang mempercayai hari pembalasan pasti akan mendokong segala kebaikan dengan harapan untuk mendapat ganjaran dan keredhaan Allah di hari pembalasan kelak.
                     Manusia yang tidak mempercayai hari pembalasan,mempunyai titik perbezaan yang banyak dibandingkan kita yang percaya.Mereka tidak tahu apa tujuan mereka hidup di dunia.Mereka tidak tahu di mana mereka akan pergi sesudah mati.Segala perlakuan dan amalan mereka hanya terbatas di dunia dan mereka tidak berpusing mengejarnya. Inilah persimpangan hidup di antara mereka.


Yang Maha Berkuasa


                    Lalu inilah asas aqidah kita.Kita percaya bahawa ada 'Yang Maha Berkuasa' itu,memegang puncak kuasa yang tertinggi.Dialah pentadbir hari pembalasan,iaitu hari penentuan balasan di akhirat.Dia 'Yang Maha Berkuasa' itu ialah Tuhan yang seumur hidup akan kita sembah,taat dan patuh segala perintah-Nya.Dialah Allah SWT.Tuhan Yang Maha Berkuasa di hari pembalasan.
                    Firman Allah SWT:"(Allah) Yang Menguasai pemerintahan hari pembalasan(hari Akhirat."(Al-Fatihah 01:  4)



Kesimpulan


                    Kita yang mahu mencapai bahagia di hari pembalasan,pasti akan menggandakan kebaikan dan menjauhi segala kejahatan sebelum tibanya ajal.Kita tahu dan sedar,tidak berguna lagi segala amalan kebaikan pada hari pembalasan.Oleh itu,kita akan berusaha melakukan yang terbaik selama kita bernafas di atas bumi Allah SWT.
JOM JADI BAIK!




                   AYUH TINGKATKAN IBADAH DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI...!
                                                            (5 Ramadhan 1434 Hijrah)

Isnin, 25 Mac 2013

Beriman Tanpa Bertemu Rasulullah




           Para Sahabat Rasulullah Adalah Kelompok Orang Beriman Yang Sangat Hebat Ketakwaan Mereka Terhadap Allah...Mereka merupakan golongan umat Rasulullah yang memiliki kesolehan darjat yang tinggi.Tidak ada siapa boleh menyaingi keimanan para Sahabat.


           Saidina Miqdad Bin Amr adalah seorang daripada sahabat Rasulullah.Selepas memeluk islam,Miqdad tidak ragu-ragu mengisytiharkan ke-Islamannya secara terbuka.Akibatnya,orang-orang kafir Quraisy Makkah pun bertindak memukul dan menyiksa Miqdad.


           Ikrarnya Menaikkan Semangat

            Miqdad memiliki minda yang cerdas.Dia adalah seorang yang berfikiran jauh.Dia menilai sesuatu tidak mengikut kehendak semasa sahaja.Sebaliknya berfikir secara teliti serta mengaitkan dengan perkara yang jarang difikirkan oleh orang lain.

             Suatu Ketika,sebelum berangkat menyertai peperangan Badar,Rasulullah meminta pendapat para Sahabat.Selepas Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar memberikan pendapat masing-masing,Miqdad Mengajukan Pendapatnya pula.
             Kata Miqdad,"Wahai Rasulullah,tunaikanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepada tuan...Kami tidak akan berkata seperti yang dikatakan oleh kaum Bani Israel kepada Nabi Musa:'Pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah.Kami akan menunggu di sini'.Tetapi kami akan berkata kepada tuan:'Pergilah tuan bersama Tuhanmu dan berperanglah.Kami akan ikut berjuang di samping tuan'."

             Ucapan yang bersungguh-sungguh itu telah menaikkan semangat juang para Sahabat yang lain.Rasululah SAW tersenyum puan mendengar ikrar taat setia daripada Sahabat Baginda itu.



             Bersyukur Menjadi Orang Beriman

            Beberapa lama waktu berlalu,sampailah zaman pemerinta Khulafa ar-Rasyidin.Suatu hari,Miqdad bin Amr r.a. mendengar seorang lelaki mengeluh kerana tidak berpeluan hidup bersama Rasulullah SAW.Miqdad pun berkata padanya,"Apakah yang mendorongmu ingin melihat peristiwa yang disembunyikan oleh Allah daripada penglihatan kamu?Padahal kamu tidak tahu apa akibatnya apabila kamu dapat menyaksikannya."

              "Apa yang tuan maksudkan?"tanya lelaki itu.Miqdad r.a. menjawab,"Bukankah ramai orang yang disembamkan muka mereka ke dalam api neraka?Walhal mereka hidup pada zaman Rasulullah.Mengapa kamu tidak mengucapkan pujian kepada Allah kerana menghindarkan kamu daripada malapetaka seperti itu?Dia menjadikanmu orang yang beriman kepada Allah dan Nabimu."





 
               Bertemu Nabi Tetapi Kufur

             Memang benar kata-kata seorang Sahabat Rasulullah SAW yang sangat soleh lagi bertaqwa itu.Sebagai contoh,Abu Lahab yang merupakan bapa saudara Rasulullah SAW.Bukan sahaja tidak beriman tetapi menjadi orang yang paling kuat memusuhi dan menentang perjuangan Rasulullah SAW,anak saudaranya sendiri.
              Oleh itu,bersyukurlah walaupun tidak dapat bertemu dengan Baginda SAW.Menjadi umatnya yang taat dan beriman merupakan nikmat dan rahmat Allah yang tidak ternilai harganya.Adakah kita pasti apabila kita hidup di zaman Rasulullah kita akan mengikut perjuangan Rasulullah atau sebaliknya...Wallahhualam

Khamis, 17 Januari 2013

Indahnya Ciptaan Allah...





Assalam....Kali Ini Memang Tak Sempat Nk Tulis Blog..Sekolah Dah Mula....Homework Banyak...Kalau Sempat Tulis Blog..Sempat Lah Die....Nak Cita Tentang Keindahan di dunia ini..Macam-macam Ada...HEhe...Macam Astro Lak...Takpe2...Semua Yang Allah Cipta Indah Belaka..Betul Dok??Hmm..Hargailah Ciptaan Allah..


            Sebagai Ummat Islam...Kita Mestilah Mengucap Alhamdulillah Tanda Kita Bersyukur Kepada Allah...Banyak-banyak Orang...Orang Apa Yang Tidak Mengucap Alhamdulillah??Sudah Semestinya Orang Yang Tidak Reti Bersyukur Atas Semua Pemberian Allah...Allah Dah Beri Kita Macam-macam..Tu Pon Tak Reti Nak Bersyukur...Jadi Setiap Hari Kita Perlu Mengucap Alhamdulillah...


             Allah Telah Beri Kita Tumbuh-tumbuhan Yang Menghijau...Apabila Melihatnya Hati Menjadi Tenang....Subahanallah...Kita Juga Wajib Memuji Allah Yang Telah Memberi Kita Macam-macam..Haiwan Yang Cantik-cantik...Tolonglah Bersyukur Keatas Semua Yang Allah Telah Beri...




              



              Cantikkan Ciptaan Allah....Tadi Contohnya Tumbuhan...Sekarang Haiwan Pula...Cantik Burung Ni...Siapa Yang Cipta??Manusia??Allah.....Warna-warni Lagi...Selain Bersyukur Kita Juga Hendaklah Memuji Allah...Contoh : Subahanalllah,Allahhuakbar...
Macam Itulah...Malu Tak Kita Kalau Haiwan Dan Tumbuhan Lagi Banyak Memuji Allah Daripada Kita?Saya Rasa Malulah...Tetapi Pada Diri Anda...Terpulang..Itu Tentang Anda Dan Allah.....
Wallahhualam...Setakat Sini Sahaja...Idea Tak Banyaklah Kali Ni...Assalammualaikum...^_^..

                                                 (andaiinistatusterakhirku)

                                               Marilah Memperbanyakkan Berzikir


Siti Noor Huda Copyright © 2012 Designed by Ms Farhana Zin