Halaman

Ahad, 2 Disember 2012

Tarikh Kematian Rahsia Allah SWT




                         "Dan Setiap Umat Mempunyai Ajal (batas waktu).Apabila Ajalnya Tiba,Mereka Tidak Dapat Meminta Penundaan Atau Percepatan Sesaat Pun."(Al-A'raaf 07:34)


                          Kita Hidup Di Dunia Ini Tidak Mengetahui Bilakah Tarikh Kematian Kita.Sesungguhnyanya Ajal Maut Itu Allah SWT  Daripada Pengetahuan Kita.Cuba Kita Bayangkan,Suatu Hari Allah Mengumumkan Atau Memberi Tahu Tarikh Kematian Kita Lebih Awal.Agak-Agaknya Apa Yang Kita Akan Lakukan Sekarang?


Beginilah Keadaannya
                   Oh!Pastinya Amal Ibadat Kita Akan Berlipat Kali Ganda.Bacaan Al-Quran Kedengaran Di Sana-Sini.Zikir Munajat Beralunan Di Merata Tempat.Sekalian MAnusia Tidak Akan Berhenti Berpesan Kepada Kebaikan.Malam Yang Sunyi  Dipenuhi Dengan Qiamullail.Mungkin Itulah Situasinya.

                             Kita Saban Hari,Akan Menghitung Detik-Detik Terakhir Sebelum Menghadapi Saat Kematian.Masa Terasa Terlalu Singkat.Kalau Boleh Setiap Saat Mahu Dipenuhi Dengan Ibadat.Perasaan Takut Sentiasa Menyelubungi.Taku Tidak Cukup Amal Hendak Dipersembahkan Dihadapan Allah.Pada Waktu Itu,Mungkin Itulah Keadaan Kita.

   
                             Kita Akan Lihat Sekalian Manusia Kelam-Kabut Mempersiapkan Diri.Sebelum Ini Jarang Ke Masjid,Kini Mula Menjejakkan Kaki Ke Masjid.Setiap Kali Solat Fardhu,Masjid Penuh Dengan Manusia.Kuliah Ilmu Mula Mendapat Perhatian.Para Ulama' Dan Ustaz-Ustaz Mula Dijadikan Teman. Saya Agak,Itulah Yang Akan Berlaku Pada Waktu Itu.Wallahhu'alam...


Rahsia Allah

                   Namun,Apa Yang Allah Takdirkan Adalah Sebaliknya .Allah Rahsiakan Tarikh Ajal Kita..Allah Juga Rahsiakan Tarikh Berlakunya Hari Kiamat.Kenapa Allah Rahsiakan Tarikh Itu Daripada Kita?Ini Kerana Allah Mahu Menilai Manusia-Manusia Yang Benar-Benar Ikhlas Melakukan Ibadat Pada-Nya Dan Benar-Benar Berusaha Menjauhi Segala Larangan-Nya.Ya,Allah Sedang Menilai Kita.Adakah Kita Ini Hanya Menyembah Allah Pada Waktu-Waktu Yang Tertentu?Atau Kita Benar-Benar Menyembah Allah Pada Setiap Detik Dan Waktu Dalam Hidup Kita.

                            Lihat Sahaja Diri Kita Tatkala Menghadapi Ujian Dunia.Contohnya,Apabila Kita Hendak Menghadapi Peperiksaan.Setiap Hari Sebelum Peperiksaan Itu Tiba,Pasti Akan Dipenuhi Dengan Ulangkaji,Study Group Dan Sebagainya.Malah Ada Yang Sampai Tidak Tidur Malam,Berjaga Untuk Menelaah Pelajaran.Bukan Apa,Takut Gagal Dalam Pelajaran.

                            Namun Bagaimana Kita Melayani Akhirat?Sepatutnya Kita Perlu Lebih Lagi Mempertingkatkan Amal Ibadat Kita Kerana Tidak tahu Bilakah Tarikh Kita Akan Bertemu Allah SWT!


Kesimpulan
                  Ayuh Bermula Dari Sekarang,Kita Countdown.Bukanlah Bermakna Kita Tahu Tarikhnya.Tetapi Countdown Kita Bermakna,Kita Akan Terus Berusaha Menjadi Hamba Allah Yang Baik Sehinggalah Tiba Tarikh Penentunya.Tarikh Penentu Sama Ada Kita Akan Ke Neraka Atau Ke Syurga Allah.!Wallahhua'alam...

                          "Bekerjalah Kamu Untuk Duniamu Seolah-Olah Engkau Akan Hidup Untuk Selama-Lamanya Dan Beramallah Untuk Akhiratmu Seolah-Olah Engkau Akan Mati Esok Hari."(Pepatah Arab)

Tiada ulasan:

Siti Noor Huda Copyright © 2012 Designed by Ms Farhana Zin