Halaman

Selasa, 4 Mac 2014

Jom Bersedekah




Kepada,
PARA DERMAWAN YANG BUDIMAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

... Tuan/Puan/Cik,

PERMOHONAN SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN SEKOLAH RENDAH ISLAM IBNU NAFIS

Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis (SRIIN) ditubuhkan pada tahun 2001 dan berdaftar dengan Kementerian PendidikanMalaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, dan Jabatan Agama Johor (No. Pendaftaran: PPAJ6030918). SRIIN menggunakan integrasi tiga silibus iaitu silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), silibus dari Jabatan Agama Johor, dan Tahfiz. SRIIN sedang beroperasi di bangunan rumah kedai beralamat di 500A, Jalan Kenanga 29/15, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor Darul Takzim.

2. Untuk makluman tuan, sebagai usaha meningkatkan kualiti serta mutu pendidikan dan pembelajaran, kami memutuskan untuk memindahkan operasi sekolah di kawasan yang tetap dan kekal serta lengkap dengan pelbagai kemudahan. Untuk merealisasikan impian ini, kami telah merangka perancangan pembangunan SRIIN yang merangkumi beberapa fasa. Fasa pertama ialah pembelian tanah, Alhamdulillah, hasil bantuan dan sumbangan orang ramai, kami telah berjaya mendapatkan sebidang tanah di Lot GM2145 Mukim Senai, iaitu berhampiran dengan Kampung Separa, Kulai.

3. Kini kami sedang menjalankan fasa kedua iaitu mengumpulkan dana bagi membangunkan bangunan kekal SRIIN di atas tanah tersebut. Kos anggaran yang diperlukan untuk memulakan projek tersebut adalah sebanyak RM2 jutahingga RM5 juta.

4. Oleh sebab yang demikian, pihak kami teramat memerlukan bantuan dan sokongan dari pihak luar bagi mengumpulkan dana pembangunan tersebut. Sehubungan dengan itu, atas semangat ukhwah Islamiah dan salingbantu-membantu, terutamanya dalam merealisasikan niat suci melahirkan generasi soleh dan solehah, pihak kami percaya bahawa pihak tuan tidak keberatan untuk turut membantu dalam membangunkan sekolah ini.

5. Atas tujuan mengumpulkan dana, kami telah membuka saham wakaf bernilai RM20 untuk sekaki persegi tanah. Sijil wakaf seperti dalam gambar contoh akan disertakan dengan pembelian setiap kaki persegi. Untuk membeli saham wakaf tersebut bolehlah mendepositkan RM20 bagi setiap kaki persegi ke akaun berikut:

Nama Akaun : Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis
No. Akaun 1 : 0109-00000-47106 (CIMB)
No. Akaun 2 : 551100301405 (MAYBANK)

Selepas itu, sila maklumkan pihak sekolah dengan menghantarkan emel atau surat dengan menyatakan jumlah yang telah didepositkan, tarikh dan waktu deposit, dan nama pewakaf yang ingin disertakan, dan alamat bagi tujuan penghantaran sijil wakaf.

6. Semoga dengan bantuan yang tuan sumbangkan dapat menyempurnakan ‘anak-anak kita’ dalam proses menuntut ilmu dan seterusnya menjadi seorang insan soleh dan solehah yang cemerlang berpaksikan Iman dan Akhlak yang mulia. InsyaAllah segala sumbangan yang disalurkan akan diberikan ganjaran pahala yang berlipatkali ganda oleh Allah.

7. Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi pihak sekolah di talian 07-6623509 (Pejabat) atau 013-9327923 (Ustaz Fauzi).

Semoga Allah memberikan ganjaran yang sempurna atas usaha kita semua di akhirat kelak. InsyaAllah.

Jazakallahu Khairan Kathira.

~ BERILMU, BERIMAN, BERAMAL ~
SEKOLAH RENDAH ISLAM IBNU NAFIS
500A, JALAN KENANGA 29/15,
INDAHPURA,
81000 KULAIJAYA,
JOHOR.
Tel/Fax : 07-6623509
Website : http://www.ibnunafis.edu.my/
Emel : fauzi@ibnunafis.edu.my

*Mohon kepada sahabat-sahabat sekalian untuk menyebarkan perkara ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Jika sahabat tidak mampu untuk bantu kami dari segi kewangan, sekurang-kurangnya sahabat dapat bantu kami dari segi masa dan tenaga untuk menyebarkan perkara ini. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik sahabat-sahabat sekalian. Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Siti Noor Huda Copyright © 2012 Designed by Ms Farhana Zin