Halaman

Jumaat, 7 Mac 2014

Kaya Dunia Akhirat


"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagiamu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan"
(Al-Qasas 28:77)

Sahabat,
Tidak salah kita mengejar kekayaan kerana menjadi kaya itu sendiri merupakan salah satu kegembiraan manusia dan memenuhi kehendak serta keperluan manusia;tetapi Islam sendiri telah menggariskan bagaimana kekayaan itu perlu difahami dan diuruskan supaya kita tidak tenggelam dalam kekayaan dan sentiasa memandu wang dan harta yang kita miliki itu di jalan Allah.

Bagaimanakah Islam mengajar kita memahami kekayaan.

Perkara pertama yang kita perlu tahu ialah manusia tidak boleh mengejar kekayaan hanya untuk di dunia atau hanya untuk di akhirat sahaja.Contohnya,kita tidak boleh menjadi miskin di dunia dengan alasan ingin menumpukan kekayaan di akhirat.Tidak boleh.Kita perlu kejar kedua-duanya sekali.Manusia yang terbaik adalah manusia yang kaya di dunia dan kaya juga di akhirat.Dengan kata yang lain,dia kaya dengan harta dan kaya dengan pahala.

Salah satu cara kaya di dunia dan di akhirat ialah dengan menjadi orang yang berilmu.Ilmu tidak sesekali akan menjadikan kita seorang yang jahil.Dengan ilmu,kita mampu untuk membuat pilihan yang mana satu perlu menjadi keutamaan.Orang berilmu tidak akan meninggalkan dunia semata-mata ingin mengejar akhirat.Begitulah juga sebaliknya,orang berilmu tidak akan meninggalkan akhirat kerana semata-mata mengejar dunia.

Kesimpulan

Ayuh kita semua bergerak mencari ilmu.Ilmu akan menjadikan kita jutawan dunia akhirat.

Salah Silap harap tegur sahabat..



2 ulasan:

♥ Nana BamBam ♥ berkata...

sedekah supaya saham akhirat kita penuh :)

Siti Noor Huda berkata...

^_^

Siti Noor Huda Copyright © 2012 Designed by Ms Farhana Zin